Aksi Persahabatan Harimau Malaya Menentang Kyrygystan Berlangsung Di Melaka

Posted on 5 views
Venue perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Malaysia menentang Kyrgyzstan kini ditukar ke Melaka bertempat di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput pada 16 Oktober depan.

Menurut laporan daripada Berita Harian, aksi perlawanan kelas A itu antara persiapan penting buat skuad negara bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe menjelang Kejohanan AFF Suzuki 2018 pada November depan.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, berkata skuad berkenaan dijangka tiba di negeri ini pada 14 Oktober dan sempat menjalani latihan di venue terbabit pada 15 Oktober, sebelum perlawanan.

Skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Stadium Bolasepak Cheras minggu lepas. FOTO: FAM

Katanya, kehadiran pasukan Kyrgyzstan juga memberi peluang kepada peminat bola sepak di selatan tanah air untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

“Melaka pernah menjadi tuan rumah perlawanan antarabangsa pada Mac 2016 membabitkan skuad kebangsaan berdepan Macau yang mendapat sambutan hangat peminat.

“Kali ini, kita jangka sambutan juga amat baik, terutama penyokong dari Negeri Sembilan, Johor dan Singapura tambahan Malaysia berjaya menewaskan Fiji 1-0 pada aksi di Kuala Lumpur minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Noor Azman Rahman berkata, mesyuarat EXCO persatuan minggu lalu bersetuju menerima cadangan FAM untuk perlawanan berkenaan diadakan di Melaka.

Beliau berkata, perlawanan di luar Lembah Klang itu membuka ruang luas buat penyokong menyaksikan perlawanan antarabangsa, terutama dalam kalangan peminat cilik yang terlepas aksi berdepan Fiji di Cheras minggu lalu.

Selepas Fiji, skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Taiwan pada 7 September, Kemboja (11 September ), Sri Lanka (12 Oktober ), Kyrgyzstan (16 Oktober) dan Maldives (3 November).

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.