Akhirnya Najib Dedahkan Punca Kekalahan BN Dalam PRU14

Posted on 9 views
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia yang lepas, Barisan Nasional pertama kali dalam sejarah penubuhan Malaysia kalah teruk dengan Pakatan Harapan.

Kekalahan itu membuatkan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak mencipta rekod Perdana Menteri dari Barisan Nasional pertama yang kalah dalam merebut tampuk pemerintahan negara.

Kekalahan itu adalah kekalahan yang memalukan buat Barisan Nasional kerana sebelum ini parti itu tidak pernah kalah dalam sebarang Pilihan Raya Umum sejak lebih 60 tahun.

Susulan kekalahan itu, bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak mendakwa kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 berpunca daripada ‘fitnah’ parti pembangkang.

“Kempen yang bersifat terlalu menyerang peribadi dan menabur fitnah dan kebencian serta janji-janji manis yang sebahagian besar jelas takkan dapat dilaksanakan malangnya telah menyebabkan kekalahan kepada Umno BN dalam PRU ini,” katanya di hadapan para penyokongnya di Pekan hari ini.

Tambah Najib, menang dan kalah merupakan adat dalam sesuatu pertandingan dan beliau tidak akan berasa ralat jika pihak lawan mempunyai agenda yang lebih baik.

“Tapi sebaliknya terasa dalam hati, bukan soal dasar, agenda, tapi kempen memburukkan pemimpin dan janji-janji manis yang tak mungkin dapat dilaksanakan.

“Ni saya rasa terkilan. Bukan kekalahan itu tapi kekalahan atas penyelewengan fakta.

“Ini tak adil dalam demokrasi. Ni bukan contestation of ideas tapi berdasarkan berita palsu yang kita termakan,” katanya kepada kira-kira 500 orang.

Najib juga berkata BN tidak membuat janji palsu tetapi hanya menawarkan janji yang mampu dilaksanakannya.

“Mungkin saya silap, patut ambil sikap matlamat menghalalkan apa cara sekalipun, (dengan mengunakan) machiavelan politics,” katanya yang turut mempersoalkan sama ada siasatan terhadap beliau berhubung 1MDB dilakukan dengan telus.

Beliau juga menyatakan rasa kesal terhadap serbuan polis yang telah mengambil barang milik anak-anaknya.

“Apa kena mengena 1MDB dengan kasut anak saya. Kalau nak ambil barang mesti ada bukti, orang putih kata prima facie evidence. Takkan tengok satu barang, nampak, cekup, bawa ke Bukit Aman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.