“Akhirnya Dapat Lakukan Sesuatu Yang Bermakna Untuk Dia,” – Luahan Rasa Shuib Buat Isteri Tercinta…

Posted on 1 views
Baru sahaja selesai menjayakan showcase sulung selepas lapan tahun di Matic, Jalan Ampang Kuala Lumpur, Sabtu lalu, suami kepada penyanyi Sarah Raissudin, Shuib menjadi antara individu paling bahagia atas kejayaan yang dilakar isterinya.

Katanya kepada MH, meski pun dia bukan bergelar penyanyi sepenuh masa seperti Sarah, namun sebagai suami dia sendiri dapat merasai adrelin pada awal persembahan berlangsung.

Selaku antara penggerak kepada showcase berkenaan, Shuib turut merakamkan rasa gembira kerana mampu merealisasikan impian isteri tercinta.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat lakukan sesuatu yang bermakna untuk dia. Dari awal perkahwinan sehinggalah ke hari ini, dia (Sarah) adalah orang yang paling rapat dan banyak menyokong. Sampailah pada tahap saya berada sekarang.

 

“Jadi untuk persembahan eksklusifnya, saya kalau boleh mahu tunaikan segala yang diharapkan Sarah, suatu momen yang boleh dia ingat sampai bila-bila,” katanya jujur.

Ditanya sejauh mana harapannya sejurus konsert selesai, Shuib memasang angan untuk membawa persembahan sama ke Kota Singa.

“Bila lihat perjalanan yang dipermudahkan ini, sudah pasti saya mahukan yang lebih baik dan insyaAllah, kalau boleh dan diizinkanNya, saya mahu bawa Sarah ke Singapura menerusi suatu show yang lebih sama, atau mungkin lebih hebat,” kongsi Shuib yang turut gembira dengan penampilan terbaru isterinya itu.

Terdahulu, Sarah mendendangkan lebih 20 buah lagu di dalam persembahan selama dua jam itu, termasuk single terbaru, Semakin.

Ikuti sedutannya menerusi FB Live MH.

Vazz closing Siti Sarah Showcase!

Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, 6 July 2018

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.