AIZAT AMDAN TERKEJUT TUN M FOLLOW IGNYA

Posted on 2 views

“SAYA harap beliau tak ‘unfollow’ baliklah,” komen penyanyi, Aizat Amdan selepas menjadi artis pertama tempatan lelaki diikuti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagram.

Aizat, 29, berkata hal itu benar-benar di luar jangkaannya memandangkan dia sendiri tidak tahu sama ada PM aktif di media sosial atau tidak.

“Saya ‘speechless’. Memang sangat terkejut dan anggap ia satu penghormatan yang sangat besar selain bangga.

“Jujur saya tidak sangka langsung akan mendapat perhatian daripada PM dan tak tahu dia sebenarnya aktif di media sosial.

“Tentu sekali saya berbesar-hati dan berharap suatu hari nanti akan dapat duduk berborak dengannya secara dekat,” katanya.

Menurut penyanyi Harapan Yang Nyata itu, dia dikejutkan dengan berita itu oleh ahli keluarganya selepas lagunya digunakan dalam sebuah video PM.

“Yang saya tahu mulanya lagu saya digunakan untuk sebuah videonya. Bagaimanapun, semalam adik saya menghantar ‘screenshot’ dan memberitahu PM mengikuti saya di Instagram.

“Kemudian ia disusuli pula mesej daripada ramai rakan yang bercakap mengenai hal itu,” katanya.

Sementara itu, Aizat turut berkongsi dia bakal menggalas tanggungjawab sebagai mentor dalam program pencarian bakat pada tahun ini.

Menurutnya, dia yakin menerima tawaran itu selepas diberi tanggungjawab menjadi panel juri Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak lama dulu.

“Saya bersedia menggalas tanggungjawab itu selepas mendapat keyakinan berbanding awal-awal dulu. Saya berharap berjaya menjadi mentor terbaik serta mendapat protege terbaik,” katanya.

Source : Viral & Glamour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.