Adam Rayqal Terhantuk Simen. Pengasuh Tergelincir Dalam Tandas

Posted on 2 views

PENGASUH Adam Rayqal iaitu seorang wanita tempatan (kiri) masih direman untuk melengkapkan siasatan mengenai kematian bayi yang dijaganya.

Adam Rayqal Terhantuk Simen. Pengasuh Tergelincir Dalam Tandas
Adam Rayqal Terhantuk Simen. Pengasuh Tergelincir Dalam Tandas

PETALING JAYA – Tergelincir ketika sedang dimandikan dipercayai punca Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif mengalami pendarahan dalam otak dan retak pada tempurung kepala sebelah kiri.Bagaimanapun, mayat bayi berusia lima bulan itu ditemui dalam peti sejuk di rumah pe­ngasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selayang pada Rabu minggu lalu.

ARTIKEL MENARIK: “Laporan Bedah Siasat Punca Kematian Adalah Akibat Hentakan Kuat Di Kepala.” Bayi Yang Dicampak Dari Tingkat 2 Akhirnya Meninggal Dunia..


Satu sumber memberitahu, hasil siasatan mendapati sebelum mangsa ditemui mati, pengasuh berusia 33 tahun yang memandikan mangsa dikatakan tergelincir dalam tandas menyebabkan bayi itu cedera.“Kepala Adam Rayqal dipercayai terhantuk pada simen tandas di rumah tersebut namun keadaan bayi ketika itu masih sedar.


“Selepas itu, suspek warga tempatan itu memberikan susu kepada mangsa sebelum dia dikejutkan dengan tangisan kuat Adam Rayqal,” kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.Kredit : WartawanFB

—————————————————————–

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.