Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan

Posted on 5 views
Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan – Hallo sahabat Sekitar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita Viral, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel Menarik, Artikel News, Artikel Terkini, Artikel Unik, Artikel Video, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.Judul : Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan
link : Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan

Baca juga

Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan

PELAKON Adam Corrie sanggup menolak tawaran berlakon sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan yang mulia ini semata-mata untuk mendapatkan ganjarannya.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata dia percaya rezeki itu datang daripada Allah dan hanya ingin fokus dalam menunaikan ibadat puasa.

“Untuk sepanjang ramadan memang saya tak ambil sebarang tawaran pun. Bagi saya, bulan ini adalah waktu untuk kita mengumpul pahala.

“Soal rezeki itu, saya percaya pada Allah. Insya-Allah mesti ada rezeki saya di tempat lain. Lebih baik saya beri tumpuan dalam melaksanakan ibadat puasa dengan baik,” kata Adam .

Pelakon filem KL Gangster 2 ini memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan dia juga kerap berkongsi pandangan dan pengalaman sebagai mualaf di laman sosialnya.

Dalam pada itu, Adam dan isterinya, Fazema Mohd Fuad yang kini sedang hamil tujuh bulan hanya membeli barangan keperluan bayi bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Kata Adam, dia dan isteri sudah mengetahui jantina dan mempunyai nama bayi pertama mereka namun masih perlu dirahsiakan buat masa kini.

“Alhamdulillah, kandungan isteri kini sudah mencecah tujuh bulan dan insya-Allah bayi kami dijangka lahir pada Julai depan. Kami teruja nak sambut kelahiran baharu dalam keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *