Adakah Barangan Yang Dirampas Pihak Polis Dari Kediaman Berkaitan Mantan Perdana Menteri Adalah Barangan Dagangan?

Posted on 6 views

Sedari awal CTS ada mengsyaki kuantiti koleksi beg tangan berjenama eksekutif di dalam kotak baru dan barangan kemas bernilai jutaan ringgit yang dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari tiga premis di Pavillion adalah merupakan barang-barang dagangan (trade goods).

Hari ini, laporan Malaysiakini, baca di sini, melaporkan seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap isteri Mantan Perdana Menteri DS Rosmah Mansor berhubung penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dan dirampas oleh PDRM pada Mei.

Global Royalty Trading SAL memfailkan saman berkenaan melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay. Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa DS Rosmah Mansor adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga di Raja.

Global Royalty mendakwa seperti pada tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada DS Rosmah Mansor mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga. Firma itu berkata barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, DS Rosmah Mansor akan meminjam barang kemas itu, dan beliau atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai. Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas, yang menerangkan terma dan syarat.

Global Royalty, menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10/02/2018, telah menghantar 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000.

Selama ini di media sosial bermati-matian menuduh DS Rosmah berkenaan rampasan barang kemas kononnya milik beliau. Hari ini bila pengusaha emas mengaku barang kemas tersebut adalah milik mereka, tiba-tiba Kerajaan PH menafikan dan boleh pula mengaku milik mereka. Kita dapat lihat bagaimana persepsi dilakukan bagi membuat orang ramai mempercayai sesuatu tanpa bukti yang kukuh untuk DS Rosmah Mansor dibenci dan dimusuhi ramai orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.