9 Goal Celebration Ketika Piala Dunia Yang Paling Bergaya

Posted on 2 views
Nikmat menjaringkan gol adalah salah satu nikmat paling dinanti-nanti dalam perlawanan bola sepak. Ia adalah saat yang mencipta kelegaan, tetapi dalam pada masa yang sama, menaikkan ketegangan perlawanan. Ia adalah masa untuk meraikan emosi.

Ketika siaran langsung TV masih lagi bukan satu kebiasaan dalam perlawanan bola sepak, goal celebration (keraian gol) agak kurang diberikan perhatian oleh pemain.

Tetapi kini dengan liputan perlawanan yang semakin luas di TV, goal celebration sudah menjadi satu seni – sebagaimana teknik menjaringkan gol itu sendiri. Dan yang pasti, semakin besar pentas sesebuah perlawanan, semakin meriah goal celebration yang dilakukan.

Inilah sebabnya Piala Dunia telah menyaksikan banyak goal celebration yang bergaya dan mudah terpahat di memori. Berikut merupakan 10 goal celebration yang paling bergaya pernah disaksikan dalam Piala Dunia.

Bebeto (1994): Buai laju-laju, sampai pokok sena

Foto oleh: Shaun Botterill/ALLSPORT

10 minit selepas Romario menjaringkan gol pertama Brazil, Bebeto memanfaatkan kekeliruan pertahanan Belanda untuk menjaringkan gol kedua – menjadikan kedudukan Brazil 2-0.

Bebeto yang baru bergelar bapa 2 hari sebelum perlawanan suku akhir Piala Dunia 1994 tersebut, meraikan jaringan tersebut dengan ‘membuai anaknya’ bersama Romario dan Mazinho. Brazil menang 3-2 dalam perlawanan tersebut.

Apa yang menariknya, anak Bebeto turut mengikut jejak langkah bapanya menjadi pemain profesional. Kini beliau bermain untuk kelab gergasi Portugal, Sporting CP.

Brian Laudrup (1998): Oh, santai sahaja!

Berpunca daripada kegagalan sepakan gunting Roberto Carlos ketika mahu mengeluarkan bola, Brian Laudrup menghukum Brazil dengan gol penyamaan melalui rembatan kencang dari jarak dekat.

Ternyata gembira dengan gol tersebut, Laudrup meraikan jaringannya dengan penuh bergaya – berbaring sambil menongkat kepalanya seperti lagak model fesyen. Goal celebration Laudrup ini kemudiannya diikuti oleh ramai kanak-kanak Denmark yang membesar melihat gol ini ketika bermain bola sepak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.