7 Cara Untuk Kenal Pasti Jenis-Jenis Penyokong Bola Berdasarkan Cheers Mereka

Posted on 5 views
Dunia penyokong bola boleh diumpamakan macam hutan. Kepada mata-mata dan telinga-telinga yang tak terlatih, mereka akan nampak dan dengar macam semua penyokong bola ini satu spesies. Semua nampak dan dengar macam sama saja.

Tapi kalau korang betul-betul dah lama tengok bola macam kitorang, korang akan perasan banyak benda-benda unik dalam dunia penyokong bola ini. Masing-masing ada rupa masing-masing. Masing-masing ada bunyi masing-masing.

Jadi kalau korang tak dapat cam jenis-jenis penyokong bola masa korang masa tengok bola tu, kitorang nak ajar korang macam mana nak kenal pasti 7 jenis penyokong bola berdasarkan cheers yang dorang guna masa tengok bola hahaha.

1. Jenis penyokong hardcore

Penyokong hardcore adalah penyokong bola yang fanatik dan setia kat sebuah pasukan saja. Pada hari perlawanan, dorang biasanya akan pakai jersi pasukan yang disokong berserta dengan nameset nama pemain sebenar. Hanya beli barangan ori pasukan yang disokong dan boleh membezakan kualiti jersi ori dengan jersi Padang Besar sekali pandang.

Macam mana nak kenal melalui cheer: Ketika menang, dorang akan cheer macam nak gaduh. Dorang akan jerit macam cavemen, tolak bahu dan buat chestbump dengan orang sebelah – padahal dorang tak kenal pun orang sebelah! Amaran: jangan cuba pujuk dorang kalau pasukan dorang kalah.

2. Jenis penyokong troll

Penyokong troll adalah penyokong bola yang mendapat hiburan daripada kerja trolling. Sasaran utama dorang adalah golongan penyokong #1 kerana dorang senang kena bahan. Penyokong troll biasanya bermula sebagai penyokong #4. Gemar retweet tweet dari @trollfootball.

Contoh 27,000 penyokong troll melakukan kerja mereka. Foto: Twitter

Macam mana nak kenal melalui cheer: Gemar cheer depan-depan penyokong #1 sambil ketawa tak ingat dunia. Hanya boleh dilihat dengan mata kasar apabila ada geng.

3. Jenis football geek

Football geek adalah penyokong bola yang suka tengok perlawanan kerana nak tengok taktikal pasukan dan tertarik dengan latar belakang sejarah antara dua pasukan yang lawan. Biasanya sukar dikenal pasti melalui mata kasar kerana jarang-jarang memakai jersi pasukan. Mempunyai buku Inverting The Pyramid dan The Mixer dalam koleksi buku mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.