5 Cara Mudah & Berkesan Untuk Eratkan Kembali Hubungan Suami Isteri, Nombor 5 Tu Wajib Dicuba!!!

Posted on 14 views
Adalah satu perkara biasa apabila hubungan suami isteri menjadi renggang lebih-lebih lagi setelah usia perkahwinan semakin bertambah. Namun kita tidak boleh mengambil remeh perkara ini kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kasih sayang antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk untuk memastikan cinta antara satu lama lain tidak pudar.

image

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengembalikan kemesraan dan mengeratkan semula hubungan antara suami isteri. Persoalannya ialah sama ada kita mahu atau tidak memupuk kembali api cinta yang terpendam di dalam jiwa. Kalau anda terasa ingin mencuba, bolehlah amalkan 5 cara mudah dan berkesan di bawah ini untuk kembali hangatkan hubungan anda:-

1. Ingat tarikh-tarikh penting

Keupayaan suami dan isteri di dalam mengingati sesuatu perkara sememangnya berbeza. Tahap kehebatan ingatan seorang isteri sehingga dia boleh ingat baju yang dipakai ketika kali pertama ber”dating”. Sementara si suami pula tarikh hari jadi dan ulangtahun perkahwinan pun boleh terlupa. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, pastikan kesemua tarikh-tarikh penting ini diletakkan di dalam telefon dan di”set reminder”. Tiada lagi alasan untuk kita terlepas mengucapkan “selamat hari jadi” atau “happy anniversary” kepada pasangan masing-masing.

2. Buat kejutan yang simple

Sekali-sekala kita perlu memberikan kejutan kepada pasangan kita supaya dia tersenyum girang. Contohnya si suami tiba-tiba dah beli tiket percutian ke Korea Selatan untuk 2nd honeymoon. Atau si isteri boleh belikan konsol permainan PS4 kerana suami memang minat bermain game. Atau kalau nak lebih surprise, boleh secara tiba-tiba hantarkan sejambak bunga kepada isteri ketika dia bekerja di pejabat. Confirm dia akan gembira sangat-sangat.

3. Jangan merajuk lama sangat

Pertengkaran antara suami dan isteri adalah satu perkara biasa dan tak mungkin dapat dielakkan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apa yang penting ialah selepas pergaduhan itu jangan merajuk terlalu lama. Salah seorang kenalah beralah, meminta maaf dan mencari jalan untuk menyelesaikan pertengkaran tersebut. Yang penting kena bawa berbincang dengan hati terbuka agar permasalahan tersebut dapat diselesaikan tanpa mengguris hati mana-mana pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.