4 Tahun Lalu, England Sudah Tersingkir Sebelum Tiba Di Brazil

Posted on 5 views
Seorang staf barisan kejurulatihan England ketika Piala Dunia 2014 mendedahkan kepada Independent punca kepada kegagalan England, walaupun mereka belum lagi tiba di Brazil.

England memang bukanlah pasukan yang ampuh dalam kejohanan-kejohanan utama dan mereka juga dilabel sebagai pasukan yang acap kali ‘gagal’ di peringkat tertinggi.

Walaubagaimanapun, pemerhati bola sepak terus menerus berminat untuk mengikuti perkembangan pasukan ini. Mengapa? Kerana, England biasanya ada tarikan tersendiri.

Kekerapan kegagalan di peringkat tertinggi seperti di Piala Dunia perlu ditamatkan oleh mereka kali ini. Ayuh kita soroti mengenai punca kegagalan England di Afrika Selatan dan juga Brazil.

Isu kecil tapi impak yang besar

Tony Strudwick merupakan salah seorang staf kejurulatihan Roy Hodgson ketika Piala Dunia 2014. Dia percaya perkara kecil dan remeh telah menyumbang kepada kegagalan mereka.

Apakah perkara remeh dan kecil yang dimaksudkan oleh Strudwick? Bukankah England sentiasa ditakdirkan untuk gagal?

Strudwick (kanan). Foto: PA.

Tugasnya adalah menganalisa data pemain untuk mendapatkan yang terbaik dari mereka. Dan daripada analisanya, dia mendapati kesilapan asas telah dibuat oleh mereka di Rio de Janeiro.

Menurutnya, kegagalan perancangan aspek logistik di kem England didapati menjadi punca England tersingkir awal di Piala Dunia 2014. England terperosok di dasar Kumpulan D.

“Sebagai contoh, ini adalah kesilapan terbesar di Brazil, perjalanan dari pusat latihan ke hotel adalah lebih sejam satu arah, sehari. Ianya gila, dua jam hanya duduk di atas bas,” ujarnya.

Perjalanan dari hotel penginapan pemain di Sao Conrado ke pusat latihan mereka adalah sekitar 10 batu dan dengan keadaan trafik di sana, ia jelas satu perjalanan yang memenatkan.

Strudwick berharap England tidak lagi membuat kesilapan yang sama untuk edisi kali ini. Ia sebenarnya memberi perbezaan besar walaupun hanya dari aspek logistik pasukan.

Kawasan pilihan Southgate

Untuk edisi 2018, pengurus England, Gareth Southgate telah memilih sebuah bandar kecil di utara St Petersburg sebagai lokasi untuk skuadnya berkampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.