3 Pemain Import Baharu Bakal Perkuatkan Pasukan JDT II

Posted on 9 views
Kekalahan 1-2 pasukan pembangunan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) kepada Terengganu FC II (TFC II) semalam memberi tamparan hebat kepada pengurusan pasukan itu untuk mendapatkan pemain import baharu bagi memastikan mereka terus bersaing dalam Liga Premier musim ini.

Menurut kenyataan di laman facebook JOHOR Southern Tigers semalam, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan mereka akan membeli 3 pemain dari luar negara untuk membantu pasukan terbabit.

“Masalah pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) adalah kami tidak mempunyai pemain luar negara di barisan hadapan. Kami hanya bermain dengan dua pemain luar negara di bahagian kanan dan bahagian pertahanan.

“Di dalam bola sepak, jika bahagian hadapan serangan tidak kuat, kita akan menghadapi masalah. Dan inilah masalah yang dihadapi oleh JDT II kerana musim-musim sebelum ini JDT II mempunyai penyerang luar negara tetapi buat masa ini kami tidak mempunyai pemain luar negara di posisi tersebut,” katanya dalam kenyataan itu.

KAMI ADA TIGA PEMAIN LUAR NEGARA BAHARU YANG AKAN DIBELI UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI DAN KEDUDUKAN JDT IIMasalah…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, April 16, 2018

Alistair turut mendedahkan pemain import yang akan dibeli nanti beraksi di posisi penyerang dan tengah.

“Apabila jendela perpindahan dibuka bulan Mei nanti, kami akan membeli seorang penyerang luar negara dan seorang pemain tengah menyerang yang akan menjadi penyerang kedua untuk JDT II. Selepas itu kami jamin bahawa kedudukan dan prestasi JDT II akan meningkat.

“JDT II adalah sebuah kelab pembangunan dimana kami menentang pasukan yang berusaha dan berbelanja untuk layak ke Liga Super.

“Jadi mereka mempunyai pemain yang lebih berkualiti dan berbelanja lebih untuk pemain luar negara mereka. Kami tidak boleh melakukan perkara yang sama kerana keutamaan kami adalah pembangunan dan pasukan utama kami iaitu JDT.

“Tetapi, walaubagaimanapun kami telah mempunyai bajet yang diberikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi mempertingkatkan prestasi JDT II. Jadi, kami jamin prestasi pasukan ini dapat meningkat untuk masa akan datang,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.