2 Pasukan Lengkap, Perancis & Belgium Bertarung Cari Tempat Di Perlawanan Akhir

Posted on 6 views
Gelanggang bagi aksi separuh akhir Piala Dunia 2018 dibuka dengan aksi cukup menarik melibatkan Perancis dan juga Belgium.

Kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang beraksi dengan cukup cemerlang di kejohanan ini apabila kedua-dua pasukan ini dilihat tiada masalah untuk menjaringkan gol dalam mana-mana perlawanan.

Lengkap

Pertemuan ini pastinya menarik buat kita semua kerana apa yang menarik mengenai kedua-dua pasukan ini dilihat lengkap dari segala aspek di segenap posisi.

Pertembungan menarik pastinya akan disaksikan di bahagian tengah apabila barisan tengah Perancis yang diketuai oleh Paul Pogba dan juga N’Golo Kante pastinya akan ditentang hebat oleh Maraoune Fellaini dan juga Axel Witsel.

Selain pertembungan menarik di bahagian tengah, barisan serangan juga menjanjikan jaringan gol dari kedua-dua pasukan.

Romelu Lukaku dan Eden Hazard bakal menjadi taruhan untuk mendapatkan jaringan gol buat Belgium sambil dibantu oleh Kevin De Bryune dan juga pemain lain.

Bagi Perancis pula, Kylian Mbappe dan juga Antoine Griezmann pastinya menjadi sasaran para pertahanan Belgium untuk memastikan 2 pemain tersebut ‘senyap’ dan tidak akan melakukan hal besar perlawanan ini.

Pemain tumpuan

Untuk pemain tumpuan kali ini, penulis mensasarkan untuk melihat peranan yang dibawa oleh Kevin De Bruyne.

Beliau yang bermain dengan cukup baik ketika perlawanan suku akhir ketika menentang Brazil, memberikan sumber kreatif kepada negaranya ketika bermain di posisi penyerang tengah dalam sistem 4-3-3.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 18, 2018: Belgiums Dries Mertens, Kevin De Bruyne, and Panamas Edrick Davis (L-R) in their 2018 FIFA World Cup Group G Round 1 match at Fisht Olympic Stadium in Sochi. Sergei Fadeichev/TASS (Photo by Sergei FadeichevTASS via Getty Images)

Dalam perlawanan itu, beliau telah melakukan 3 hantaran penting untuk memberikan Belgium peluang menjaringkan gol.

Satu gol yang dicatatkan beliau dalam perlawanan yang lalu menunjukkan yang beliau merupakan pemain yang cukup berpotensi untuk menjaringkan gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.