by

10 Gambar Menjadi Lokasi Dunia Terbaik Dinobatkan National Geographic – Anda Harus Pergi!!

Bagaimana dengan ‘wish list travel’ anda? Mampu direalisasi atau sekadar anganan?

10 Gambar Menjadi Lokasi Dunia Terbaik Dinobatkan National Geographic – Anda Harus Pergi!!
10 Gambar Menjadi Lokasi Dunia Terbaik Dinobatkan National Geographic – Anda Harus Pergi!!

Mengenang kisah kaki jalan, National Geographic memilih 30 gambar panorama menakjubkan dari ribuan gambar yang telah diterbitkan sepanjang tahun 2017.Jom, saksikan 10 gambar terbaik dengan lokasi yang memaparkan budaya setempat yang kaki jalan harus sampai satu hari nanti.

ARTIKEL MENARIK: Cara Daftar Mengundi Dan Buat Semakan Lokasi Buang Undi Melalui Online 2018

1) Budelli Island, Itali

Mauro Morandi tinggal di pulau ini keseorangan selama 28 tahun. Bagaikan cerita di layar perak tapi ini kisah benar. Ada sesiapa yang berani sepertinya? 2) Tunisia

Kanak-kanak perempuan sedang mengintai menerusi tingkap kaca yang dipercayai telah di bina pada 500 tahun masihi. Wow! Masih kukuh ya. 3) Mexico

Memang ada jadual meraikan perkahwinan di Oaxaca City di jalanan. Ayuh! Ini budaya setempat yang tidak harus dilepaskan. 4) Mozambique

Suka pemandangan waktu senja? Anda harus ke Mozambique yang menawarkan udara hangat serta berenang dalam lautan rona kemerah-merahan. 5) Itali

Peminat fesyen harus ke sini dengan The Duomo yang menjadi ikon Milan. ‘Selfie’ lah sepuasnya menandakan anda peminat fesyen sejati. 6) Ethiopia

Bazar lama di Harar’s Ethiopia ini menjadi tumpuan pelancong kerana warna pakaian wanita beserta binaan di sana sungguh menyerlah.

7) Morocco

Selain peradaban Islam, Morocco juga syurga buat pencinta lautan dengan paraglider, surfer akan mengunjungi pantai Legzira bagi mencabar adrenalin. 8) Iran

Seni bina masjid, warna, permaidani dan teknik pencahayaan yang juga daya tarikan di sini. 9) Sepanyol

Seorang lelaki meluncur di atas tomato di sebuah pesta La Tomatina, Sepanyol.

10) India

Penghantar makanan sedang mengagihkan makanan kepada penumpang kelas kedua keretapi Vivek. Jika tak berani, eloklah kita tengok rancangan National Geographic saja. Benarlah kata orang, biarkan gambar bercerita. Jadi, ke mana destinasi anda 2018?

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed